Friday 20 July 2012

MAJLIS ILMU IHYA RAMADHAN & PELANCARAN TABUNG INFAQ RAMADHAN

TAJUK : RAMADHAN PERJALANAN MUSLIM BERTAQWA

Tarikh : 20 Julai 2012 (Jumaat) / 1 Ramadhan 1433H
Masa : 2.30 hingga 4.30 petang
Tempat : Dewan Damai Utama
Penceramah : Ustaz Azhar bin Hamidon

Terima Kasih di atas kerjasama semua Ahli Jawatankuasa yang menjayakan majlis ilmu pada hari ini. Semoga majlis ini dapat mengeratkan lagi ukhwah sesama kita. InsyaAllah.

Mencari rusa tak dapat dikesan, nyaris malang di timpa dahan, Salam Ramadhan penuh keikhlasan, semoga amal ibadat diterima Tuhan

Anak itik berlenggang kanan kiri, hendak menghalang tak ada kuasa, hari Jumaat penghulu hari, hari terakhir sebelum kita berpuasa.
Ustaz Sir Dhiyauddin pembuka majlis ilmu, syukran jazilan
Imam Muda Sdr. Hazeq Amza bin Mohamad membacakan
doa memohon rahmat dan keberkatan...AMIN

Santapan Rohani dari Ustaz menyambut Ramadhan

Klik sini untuk Lagu : Obat Hati

Klik untuk mendengar ceramah

yang disampaikan oleh Ustaz Azhar bin Samidon

Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: "Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun (beribadat) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah (beribadat) di sepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh."

Alhamdulillah

Moga menjadi muslim dan muslimah sejati


Budimu tuan tak dapat di nilai ... terima kasih.




 

1 comment:

  1. Selamat berpuasa buat seluruh warga STAND semoga amalan kita sepanjang Ramadhan ini diberkati.

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.