STAND...

 
ENROLMEN PELAJAR SESI PETANG 2012
BIL KELAS L P JUMLAH
1 1 JED 10 17 27
2 1 KRISTAL 13 15 28
3 1 NILAM 12 16 28
4 1 OPAL 11 16 27
5 1 RATNA 15 12 27
6 1 TOPAZ 11 14 25
7 1 ZAMRUD 11 16 27
    83 106 189
8 2 INTAN 12 17 29
9 2 JED 12 13 25
10 2 KRISTAL 12 22 34
11 2 NILAM 9 24 33
12 2 RATNA 10 18 28
    55 94 149
  JUMLAH  138 200 338

------------------------------------------------------------------------------

SEJARAH SEKOLAH

LOKASI TAPAK
Pembinaan projek Smk Taman Nusa Damai dan Blok Asrama ini adalah di atas lot PTD 149649, mukim Plentong, Daerah Johor Bahru. Lokasi tapak projek ini berada di kawasan penghujung kepada Taman Nusa Damai yang diliputi semak samun dan kawasan berbukit dengan batu bata besar. Tanah di kawasan ini tidak rata dan berbatu batan. Memandangkan telah wujud pembangunan yang pesat di kawasan Taman Nusa Damai, maka segala kemudahan asas atau kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan elektrik, telefon dan juga bekalan air telah pun sedia ada dapat memberi banyak manfaat kepada masyarakat setempat.
ALAMAT SEKOLAH
Sekolah Menengah Taman Nusa Damai, Jalan Damai Utama, Taman Nusa Damai, 81700 Pasir Gudang.
TARIKH PEMBINAAN DAN TARIKH SIAP
Tarikh pembinaan ialah pada 23 Mac 2008 dan siap pada 29 November 2010
TARIKH PENYERAHAN KUNCI KEPADA PENYELARAS SEKOLAH
Tarikh penyerahan kunci ialah pada 11 November 2010
TARIKH CADANGAN MULA BEROPERASI
Tarikh mula beroperasi ialah pada 1 Jun 2010. Tetapi pengoperasiannya tertunda kerana proses penyerahan bangunan gagal dilaksanakan atas sebab-sebab teknikal. Oleh itu, tarikh pengoperasian baru telah ditetapkan pada 1 September 2010. Oleh hal demikian, pengoperasian SMK Taman Nusa Damai telah dijalankan di SMK Kota Masai. Manakala pengoperasian asarama pada 1 Januari 2011.
BILANGAN PELAJAR TAHUN 2011
Oleh sebab SMK Taman Nusa Damai merupakan sekolah kawalan, pihak PPD Pasir Gudang telah menawarkan tempat kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan PMR. Bilangan pelajar tahun 2011 seramai:
Tingkatan 1 = 316 orang
Tingkatan 2 = 175 orang
Tingkatan 3 = 98 orang
Tingkatan 4 = 103 orang
Tingkatan 5 = 33 orang
Jumlah = 725 orang.

BILANGAN PELAJAR ASRAMA
SMK Taman Nusa Damai merupakan sekolah berasrama yang mempunyai dua blok asrama untuk pelajar lelaki dan perempuan. Bangunan asarama telah memuatkan seramai:
Asrama putera = 94 orang
Asarama puteri = 198 orang
Jumlah = 292 orang


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.