INFO PENDIDIK

Bahan yang boleh digunakan untuk program LDK

PENGURUSAN NOTA

Tarikh : 7 Ogos 2012
Masa : 12.30tgh hingga 01.15ptg
Penceramah : PK Petang

Definisi mencatat nota : Aktiviti merekod fakta, maklumat & isi penting daripada bahan di baca, di lihat atau di dengar.

Kenapa perlu mencatat nota :
i. Membantu memahami pelajaran, menambahkan daya ingatan dan pengukuhan
ii.Mencatat isi utama sebagai rujukan
ii.Fakta asas boleh dikembangkan
iii. Sebagai rujukan pada masa hadapan
iv. Menjadikan pelajar aktif bukan pasif

Tanda-tanda isi penting
i. Selalu diulang oleh guru, penekanan suara guru, di tulis di papan hitam, LCD.

Kemahiran yang diperlukan untuk mencatat nota yang berkesan:
i. Kemahiran mendengar
ii.Kemahiran membaca dengan laju
iii. Kemahiran menulis - jelas/cepat/kemas/tahu menggunakan huruf singkatan
iv. Catat kata kunci
v. Ringkas dan padat - boleh difahami sendiri/ menyegarkan ingatan / meningkatkan tahap ingatan
vi. Gunakan perktaan sendiri
vii. Fahami setiap kata kunci - jangan mengelirukan

Perbezaan Menyalin nota, mencatat nota dan membuat nota
Menyalin nota :
         Pelajar menyalin semula nota yang diberi oleh guru atau yang dibuat oleh pelajar lain atau yang terdapat dalam buku, majalah dsb

Mencatat nota:
         Pelajar mencatat maklumat ringkas dan penting yang terdapat dalam ceramah, syarahan, buku / sumber lain.

Membuat nota:
         Pelajar membuat nota ringkas sendiri dalam pelbagai bentuk mengikut citarasa sendiri

Elemen-elemen penting dalam nota:
1. Teks - mudah difahami/ saiz yang sesuai / mengelakkan rasa bosan
2. Grafik - untuk memudahkan pemahaman contoh penggunaan anak panah / bulatan dsb
3. Gambar - untuk mengukuhkan daya ingatan

Teknik-teknik nota:
- Peta minda
-nota istilah
-gambarajah
-nota soalan dan jawapan
-neumonik / akronim
-Jadual
-Carta aliran
-Gambarajah Venn
-Peta konsep
-Pengkelasan

-------------------------------------------------------------------------------

SEMPENA SAMBUTAN BULAN  KEMERDEKAAN 2012

Siapakah Pencipta Jalur Gemilang?

Setiap hari kita  melihat Jalur Gemilang yang menjadi kebanggan, tetapi berapa ramaikah yang tahu siapa pencipata sebenar bendera keramat ini?
Jalur Gemilang dicipta oleh Mohamed bin Hamzah, seorang arkitek Kerajaan Negeri Johor.

Semuanya bermula apabila Majlis Perundangan Persekutuan mengadakan pertandingan mencipta bendera Persekutuan Tanah Melayu pada 1949. Allahyarham Mohamed telah menghantar dua lukisan. Pertama mempunyai keris bersilang di tengah-tengah dikelilingi 11 bintang pecah lima berwarna putih, berlatar belakang biru.  Kedua ialah bintang berbucu lima serta bulan sabit kuning serta 11 jalur biru putih . Di takdirkan kedua-dua lakaran Allahyarham telah terpilih dan dipamerkan kepada umum setelah meminta pendapat umum.

Pada 19 April 1950 Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan bahawa bendera Persekutuan Tanah Melayu hendaklah mengikut rupa seperti berikut :
- sebelas jalur melintang berwarna merah dan putih berselang seli dengan jalur merah di atas sekali.
- sukuan berwarna biru dengan bulan sabit bersama bintang pecah sebelas berwarna kuning di atasnya,
- dengan ukuran bendera standard enam kaki kali tiga kaki. Rekaan bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tazkirah : Jumaat 27 Julai, 2012
               : Ustazah Suliza
               : Masa : 2.30ptg hingga 3.00 ptg
               : Kuiz untuk tazkirah ini akan dikemukakan pada Jumaat minggu hadapan.

Intipati tazkirah : 20 PERKARA MEMBAWA KE SYURGA


1. Antara zikir yang sedang diserapkan dan diamalkan dalam bulan Ramadhan selepas solat zohor berjamaah anak-anak STAND

Di ketuai oleh Abu Hurairah (Imam Muda).
Bimbingan : Ustazah-ustazah dan guru-guru

Doa Abu Darda' - Perlindungan Diri, Keluarga, Hartabenda




Terjemahan maksud:

“Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan bagiku kecuali hanya Engkau. Pada-Mu aku bertawakkal, dan Engkau Tuhan 'arasy yang agung. Apa yang dikehendaki Allah pasti terjadi, dan apa yang tidak dikehendaki-Nya pasti pula tidak akan terjadi. Tiadalah daya upaya dan tiada pula kekuatan kecuali hanya dengan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung. Aku yakin, bahawasanya Allah berkuasa atas segala sesuatu dan bahawasanya Allah meliputi segala sesuatu dengan ilmunya.

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan diriku dan dari kejahatan segala makhluk yang melata, Engkaulah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa berada di jalan yang lurus.”

2, Kelebihan Bulan Ramadan


Nabi bersabda, "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan, adalah penghapus dosa-dosa yang terjadi di antara waktu tersebut jika dijauhi dosa-dosa besar.” (HR Muslim no: 233)

Nabi saw. bersabda, "Sesiapa sempat bertemu bulan Ramadan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauhlah dia dengan Allah" (HR Ibn Hibban)

Nabi saw. bersabda, "Telah datang kepadamu Ramadan, bulan berkah, Allah mewajibkan kamu berpuasa, pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu Neraka ditutup, syaitan diikat, dan di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan. (HR Imam Ahmad dan Imam Nasa’i)

Nabi saw. bersabda, "Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." (HR Muslim)

Nabi saw. bersabda, “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun oleh Allah.” (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, "Apabila datang bulan Ramadan, kerjakanlah umrah kerana sesungguhnya umrah pada bulan Ramadan adalah menyamai haji." (HR Bukhari)

Firman Allah, "Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran ini pada malam al-Qadar. Apakah yang kebesaran yang terdapat pada malam al-Qadar? Malam al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara yang ditakdirkan berlaku pada
tahun berikutnya. Sejahteralah malam itu hingga terbit fajar." (al-Qadr:1-5)

Nabi saw. bersabda, "Sesiapa bersolat pada malam Ramadan dengan keimanan sebenar dan mengharapkan ganjaran daripada Allah, akan diampun dosa-dosanya yang lalu." (HR Muslim)

 

3. CEMERLANG DI  MANA SAJA sumber :
http://inspirasigadisnajlaa.blogspot.com/

Bagaimana untuk membahagikan masa dgn seimbang apabila telah mula sibuk dengan dunia kerja. Makna kata, kerja sibuk balik lambat, mana nak kejar waktu bersama keluarga, dan paling merunsingkan juga hal hubungan kita dgn Allah swt. Mana nak kejar solat sunat dan mengaji al Quran secara konsisten kan kalau solat fardhu pun cilok-cilok serupa koboi!.

Tetapi jelaslah bahawa bekerja ini bukanlah perkara mudah terutamanya dalam pembahagian masa.

Saya pernah mendengar motivasi melalui radio IKIM yang mana, dikatakan bahawa sekiranya seseorang itu berjaya/cemerlang, dia pasti cemerlang di mana saja. Di rumah, dia cemerlang sebagai anak, ibu, suami, isteri atau bapa; di tempat kerja dia cemerlang sebagai pekerja yg berdisiplin, berdedikasi dan amanah, dan di dalam masyarakat dia juga seorang yang prihatin dan mengambil berat tentang persekitarannya dan paling penting jika kita cemerlang di hadapan manusia, pastinya kita perlu lebih cemerlang di hadapan Allah swt.

Hubungan dengan keluarga

Bagaimana pula dengan hubungan kita dengan keluarga? Pagi-pagi ibu siapkan makanan, selepas makan pergi kerja, tengah malam balik rumah buka lampu dapur, buka saji, makan. Lepas kenyang bercampur letih, kita ambil keputusan untuk tidur dan rutin sama berulang untuk esok, lusa, tulat, minggu depan, bulan depan, tahun depan, dan seterusnya.

Ayuh tanya diri kita; agak-agaknya ibu bapa kita itu patung atau manusia berperasaan? Agak-agaknya mereka rindu atau tidak dengan saat-saat indah kita berborak, bergurau senda sambil menonton tv dan minum teh bersama dan paling dirindui; berjemaah bersama?

Kalau di dalam rumah yg kita diami itu ada adik-beradik lain, ok lah juga. Sekiranya tidak? Memang berdosa benar kita membiarkan ibu bapa kita rindu dengan masa kita untuk dihabiskan bersama mereka. Kita tanya diri kita, adakah kita berlaku adil?

 

 

 Hablumminallah

 Apa guna kita nampak hebat di mana manusia andai di mata Allah kita hampeh-hampeh saja, kan?

Kita belajar tentang Alif Ba Ta, kita belajar Iqra' dan seterusnya Muqaddam dan setelah itu kita berkejar-kejaran untuk memulakan mengaji Al Quran. Tamat 30 Juzu' kita menunggu-nunggu ayah dan ibu kita mengadakan majlis khatam al Quran di atas kejayaan kita. Masa itu kita bangga, kita gembira tak terkira. Ayah ibu juga bangga. Kata mereka di dalam hati; "Alhamdulillah. Syukur Ya Allah kerana anakku kini telah tamat mengkhatam al Quran Mu, ya Allah".

Namun.

Semakin kita besar, kita semakin melupakan kegembiraan dan keterujaan yg pernah kita cipta dan lalui kecil-kecil dahulu.

Kita sibuk belajar di Uni, kita terlalu sibuk berprogram sehingga kita tak ada masa untuk menyulam cinta dengan Tuhan yang mencipta kita dan yang paling berhak menerima cinta kita.

Kita sibuk mengejar tuntutan kerjaya, sehingga kita lupa pentingnya untuk mengamalkan al Quran setiap hari sedangkan kita tahu akan hakikat bahawa kitab suci itulah peneman sejati.

Kita sibuk memenuhi redha manusia, kita khusyu' mengharap kita dilihat sempurna di mata semua sedangkan kita memandang sepi redha Allah walhal itulah yang paling utama, yang menjadi bekalan ke Syurga.

Lalu kita biarkan kita hanyut dek seronoknya menjadi manusia berjaya di mata manusia, tangga demi tangga jaya kita daki tetapi akhirnya hati kita tetap sepi.

Kita buntu kenapa hati kita resah dan gelisah. Kita keliru kenapa kita punyai semuanya tapi kita tak pernah rasa cukup. Kita berlumba sesama kita sehingga kita tak nampak di mana garisan penamatnya. Rupa-rupanya kita tak sedar bahawa kita tertipu dengan mainan dunia.

Dunia memang indah. Seperti bunga yang mekar kembangnya, harum baunya, dipuja semua. Lebih-lebih lagi bila kita punya rupa, kita ada gaya, kita miliki kerjaya, kita hebat di mata manusia, orang kata kita punya segalanya lantas kita lekatkan dunia di hati dan di jiwa kita. Sedangkan agama mengajar kita cukuplah sekadar hal dunia di letak di tangan. Bukan di hati.

Namun kita juga perlu sedar bahawa bunga yang mekar kembangnya, harum baunya itu, bersifat sementara. Kita tertipu dengan cantik dan indahnya yang bersifat sementara. Esok lusa ia layu, kita pandang tak sudi, bau lagilah tak ingin.

Cuba perlahan-lahan, dakap jadikan teman.

Jadi apa kata kita sedarkan diri sendiri sebelum terlambat. Memang seronok berjaya dan capai semuanya, tapi lebih seronok jika kita berjalan seiring dengan kejayaan kita di mata Dia.

Kita masih boleh ubah sebelum terlambat. Kita boleh cuba limitkan waktu kerja di pejabat, limitkan masa berprogram, dan limitkan masa untuk hiburan. Sebab seharusnya kita yang menguruskan keadaan, bukan keadaan yang menguruskan kita.

Perlahan-lahan kita cuba dan yakinlah bahawa tiada apa yang mustahil. Memang letih balik dari kerja, sehari suntuk menghadap komputer dan segala jenis dokumen yang memeningkan kepala, tambah pula kita punyai bos yang banyak karenahnya. Tetapi kalau kita tidak mencuba untuk membuat perubahan untuk bertatih-tatih jadikan al Quran sebagai teman, sampai bila-bila pun kita tak akan berjaya.

Cukupkah kalau kita sekadar menumpang rasa kagum melihat indahnya akhlak orang, melihat hebatnya semangat orang dalam mendekati Allah swt?. Kita tengok orang yang amalannya terjaga, kita kata ‘sejuk mata memandang, kan? Untungnya siapa dapat jadi suami dia..’. Bila pula kita nak menjadi seperti dia yang kita puja?

Jadi secara kesimpulannya, mari kita usahakan perlahan-lahan. Tambah-tambah lagi Ramadhan  Ambil kesempatan ini untuk menjadi hamba cinta kepada Allah swt.

Kita cuba buat perkara simple dahulu seperti:

·         Bangun pagi, Solat Subuh seperti biasa.

·         Selepas siap ke tempat kerja, curi masa 5 minit untuk Solat Sunat Dhuha.

·         Dalam perjalanan pergi kerja, curi masa baca al-Maathurat. Kalau memandu kereta, mungkin boleh ambil inisiatif membeli CD zikir-zikir al-Maathurat dan boleh baca seiringan. Kalau naik LRT, sambil berdiri peluk tiang boleh baca. Jangan risau kalau orang kata kita gila, mulut terkumat-kamit. Yang penting Allah sayang kita.

·         Sampai ofis, bekerja seperti biasa. Kerja itu amanah. Solat Zohor dan Asar juga seperti biasa.

·         Kalau ada masa selepas Solat Asar, baca al-Maathurat sekali lagi untuk doa petang. Sekiranya tidak, boleh curi kesempatan semasa perjalanan pulang dari kerja. Sama seperti konsep di sebelah pagi.

·         Balik rumah, santai bersama keluarga. Berborak, berkongsi cerita, apa saja, terpulang. Masa dengan keluarga diisi di sini.

·         Sebelum solat Maghrib, bersihkan diri kasi segar. Kemudian solat Maghrib.

·         Selepas solat Maghrib, jangan terus tengok TV walaupun macam-macam rancangan menarik menguji diri. Cuba buka al-Quran, mengaji satu muka buat permulaan. Biar sikit-sikit janji konsisten. Selepas mengaji, tunggu sebentar azan Isya’. Kemudian terus solat Isya’.

·         Selepas selesai, boleh lah enjoy bersama keluarga. Tengok TV ke, makan Twisties ke, pergi lepak minum ke, apa-apa saja. Asalkan yang atas-atas tu selesai sudah.



Eh, macam poyo gila menulis bajet alim!

Memang tak alim pun. Ilmu pun seciput cuma. Menulis di atas untuk mencabar diri sendiri. Kalau ada formula lebih baik, boleh lah kongsikan dan selamat mencuba untuk kita semua!

Wallahualam.

Wassalam . Sila rujuk blok di bawah untuk info:

http://inspirasigadisnajlaa.blogspot.com/

4.  KUPASAN BUKU

JANGAN SUKA DENDAM, SEBAB ANDA AKAN MENJADI KORBAN YANG UTAMA

Sesungguhnya Tuhan yang telah melindungimu
terhadap bahaya yang telah terjadi pada hari kelmarin
Dia pulalah yang akan melindungi terhadap bahaya yang akan terjadi hari esok.

Sebahagian orang bersikap sangat bertolak ansur dan tidak terlalu peduli dengan kezaliman orang lain yang merampas hak-haknya. Bahkan, terkadang dia pura-pura tidak mengetahuinya. Pendek kata, dia adalah orang yang sangat bertolak ansur dan baik hati. Dia tidak terlalu teliti menyelidiki sesuatu hingga ke akar-akarnya, tidak menyingkap apa yang ada di sebalik pernyataan-pernyataan, dan tidak menyulitkan dirinya dengan urusan-urusan seperti itu.

Namun, sebahgian orang ada yang bersikap sebaliknya, tidak mempunyai sikap toleransi, menuntut semua haknya sekalipun tidak seberapa. Dia berjuang keras dengan siapa pun untuk mendapatkan haknya, yang kadangkala bukan haknya. Dia sangat jarang mengikhlaskan apa saja yang telah menjadi haknya.

Sudah tentu orang yang sering bertolak ansur lebih berjaya untuk meraih kepuasan diri, ketenangan hati, dan jauh dari kecemasan. Sebagaimana dia lebih berjaya mengambil hati orang lain. Semua pintu kejayaan terbuka di hadapannya lebih lebar daripada orang yang menganggap dirinya berada dalam pertarungan yang abadi dengan hamba-hamba Allah.

Dari sisi tabiat, orang yang bertolak ansur lebih dekat keredhaan jiwa, ketenangan hati nurani, dan bebas dari kesedihan, sebagaimana dia juga lebih dekat dengan hati-hati manusia dan lebih banyak daripada orang yang menganggap dirinya selalu terlibat konflik dengan orang lain.

Bahkan lebih dari itu, dia suka mencari-cari masalah dengan menganalis pernyataan dan maksud orang lain dengan keburukan dan kejahatan, yang menyebabkan kegelisahannya menjadi-jadi, sehingga mendatangkan kecemasan di dalam dirinya. Di setiap keadaan yang dilaluinya membuatkan orang lain membencinya dan menjauhinya sehingga menutup pintu kejayaan di hadapannya.

Kupasan buku :Dr. 'Aidh Bin' Abdullah Al-Qarni

2. ANAKKU DAPAT SEMUA A
(boleh diaplikasikan ketika menangani masalah anak  murid semasa P&P)

Jangan menyalahkan anak semata-mata apabila mereka gagal mencapai prestsi cemerlang dalam pembelajaran. Mungkin ada empat pihak yang bertnggung jawab:
- diri pelajar itu sendiri
-ibu bapa
-guru dan sekolah
-persekitaran seperti kawan-kawan dan kemudahan di rumah.

Sementara itu kebolehan dan keistimewaan anak-anak tidak sama. Ibu bapa mesti bijak memilih kelebihan anak-anak daripada menuding jari kepada kelemahan mereka. Gunakan kelebihan tertentu bagi setiap anak-anak untuk menonjolkan keistimewaannya. Bersedialah untuk memberi kemudahan dan sokongan moral dan fizikal.
Kupasan buku : Dr Shukri Abdullah
Terbitan : Telaga Biru

 3. KUNCI-KUNCI MERAIH KEJAYAAN

Dunia ini bila suatu hari penuh dengan tawa ria
maka pada keesokan harinya
akan penuh dengan tangisan
Alangkah buruknya negeri dunia ini

- Kunci kemuliaan adalah taat kepada Allah dan RasulNya
- Kunci rezeki adalah berusaha desertai dengan istighfar dan ketaqwaan
- Kunci syurga adalah Mengesakan Allah
- Kunci iman adalah merenungkan ayat-ayat Allah dan tanda-tanda kebesaran yang ada pada makhluk
  -makhluknya
- Kunci kebaikan adalah kejujuran
- Kunci kehidupan hati adalah merenungkan Al-Quran, berdoa di malam hari, dan meninggalkan
  perbuatan dosa
- Kunci ilmu pengetahuan adalah tidal malu  untuk bertanya dan mendengar dengan baik
- Kunci kemenangan dan kejayaan adalah sabar
- Kunci kebahagiaan adalah taqwa
- Kunci bertambahnya nikmat adalah bersyukur
- Kunci mencintai akhirat adalah zuhud terhadap duniawi
- Kunci agar permintaan diqabulkan oleh Allah adalah doa.

Judul buku : Jangan bersedih
Pengarang : Dr. 'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni
Penterjemah : Muhammad Huzaifah

No comments: