TAJUK : RAMADHAN PERJALANAN MUSLIM BERTAQWA
Tarikh : 20 Julai 2012 (Jumaat) / 1 Ramadhan 1433HMasa : 2.30 hingga 4.30 petang
Tempat : Dewan Damai Utama
Penceramah : Ustaz Azhar bin Hamidon
Terima Kasih di atas kerjasama semua Ahli Jawatankuasa yang menjayakan majlis ilmu pada hari ini. Semoga majlis ini dapat mengeratkan lagi ukhwah sesama kita. InsyaAllah.
Mencari rusa tak dapat dikesan, nyaris malang di timpa dahan, Salam Ramadhan penuh keikhlasan, semoga amal ibadat diterima Tuhan
Anak itik berlenggang kanan kiri, hendak menghalang tak ada kuasa, hari Jumaat penghulu hari, hari terakhir sebelum kita berpuasa.Ustaz Sir Dhiyauddin pembuka majlis ilmu, syukran jazilan |
Imam Muda Sdr. Hazeq Amza bin Mohamad membacakan doa memohon rahmat dan keberkatan...AMIN |
Santapan Rohani dari Ustaz menyambut RamadhanKlik sini untuk Lagu : Obat HatiKlik untuk mendengar ceramahyang disampaikan oleh Ustaz Azhar bin SamidonBerkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: "Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun (beribadat) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah (beribadat) di sepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh." |
Alhamdulillah |
Moga menjadi muslim dan muslimah sejati |
Budimu tuan tak dapat di nilai ... terima kasih. |
Selamat berpuasa buat seluruh warga STAND semoga amalan kita sepanjang Ramadhan ini diberkati.
ReplyDelete