HALA TUJU SMK TAMAN NUSA DAMAI
Falsafah
Pendidikan Kebangsaan
"Pendidikan
di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
Falsafah Sekolah
Bahawasanya pelajar-pelajar di
sekolah ini mempunyai kebolehan yang pelbagai dan potensi serta minat untuk
berkembang maju dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek. Oleh itu,
bimbingan dan peluang akan diberikan kepada mereka untuk mengembangkan potensi
mereka supaya menjadi insan yang seimbang dan harmonis.
Bahawasanya tenaga pengajar di
sekolah ini mempunyai keupayaan, pengetahuan, kemahiran dan kecekapan ikhtisas
untuk memberi pendidikan sempurna, menyeluruh dan bimbingan bermutu bagi memajukan
pelajaran dan pendidikan dalam kalangan pelajar di sekolah ini.
Visi
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
Misi
Membangun Potensi
Individu Melalui Pendidikan Berkualiti
Moto Kualiti
“Kerja Sepasukan Meraih
Kegemilangan"
Matlamat
Meningkatkan kegemilangan kurikulum
Meningkatkan pencapaian kokurikulum
Meningkatkan sahsiah pelajar
Moto Sekolah
"Inovatif Dinamik"
Tagline
"Stand Together Stand Tall"
Lencana Sekolah
BUKU BERTINGKAT BERWARNA HIJAU MUDA
- Tunas ilmu yang bermula dari pembacaan buku
-Penerokaan ilmu harus dipertingkat hingga ke tahap paling tinggi
MUKA MEMANDANG KE HADAPAN
-Sentiasa memandang ke hadapan, berpandangan jauh untuk maju dan berjaya -DINAMIK
-Keinginan untuk meneroka berbagai bidang
-inovatif, dan terus dinamik dalam mencipta kelainan
MERPATI PUTIH
- Keazaman untuk mengekalkan kedamaian dan tidak menyalahgunakan kebebasan meneroka
RUANG LINGKUP BULATAN BERWARNA KUNING
Kedaulatan raja dan negara tetap diagungkan
WARNA BIRU
Perpaduan yang harus dipupuk dan dikekalkan
GLOB
-Keazaman mengharungi arus globalisasi
-bersemangat untuk meneroka kemajuan ke tahap dunia
-Mencipta kegemilangan untuk bersaing dalam dunia tanpa sempadan
lagu Sekolah
STaND
GEMILANG
SMK Taman
Nusa Damai
Sekolah
Pilihan dan kawalan
Terbaik
disemai gemilang dituai
Inovatif
dinamik jadi amala
Pelajar
dan guru bagai isi dan kuku
Membangun
bersama ke arah kegemilangan
Meneroka
ilmu tanpa leka dan jemu
Akhlak
mulia tetap jadi pegangan
Chorus:
Berinovasi
mencipta kelainan
Dinamik
memandang jauh ke depan
Kedaulatan
agama, raja dan Negara
Dijunjung
agar maruah disanjung
Di sini
perpaduan dipupuk
Sepakat
cipta kejayaan
Cabaran
dihadapi dengan tabah berani
STaND maju
dan terus gemilang
**Ciptaan :
Sani Eslee
Lirik : Pn
Warda binti Ismail
Pegangan Sekolah
i.
PERSEKITARAN PEMBELAJARAN (LEARNING
ENVIRONMENT)
Berusaha mendapatkan
ilmu sepanjang hayat dengan sentiasa mempunyai keinginan untuk mengamalkan dan
meningkatkan ilmu di samping menemu dan membina ilmu pengetahuan.
ii.
SAHSIAH PELAJAR (STUDENT
WELL-BEING)
Mengenal asal usul dan adat resam serta menunjukkan kecintaan terhadap bangsa dan
mendaulatkannya.
- Mempunyai (menunjukkan) adab, budi bahasa, bersopan santun dan maju dalam tingkat kehidupan (rohani dan jasmani).
- Mempunyai perasaan simpati, prihatin, hormat menghormati, bersedia membantu orang lain, sayangi harta benda dan alam sekitar. Menjaga kesihatan dan rupa diri, bersih fizikal, mental dan spiritual dan mengamalkan gaya hidup sihat.
- Dapat menepati dan menggunakan masa dengan berkesan.
iii.
PENURUNAN KUASA (STAFF EMPOWERMENT)
Mengamalkan sikap kerjasama dan keyakinan
diri yang tinggi serta saling
mempercayai kebolehan dan keupayaan rakan sekerja.
iv.
PENJENAMAAN (BRANDING)
a.
Dapat
berfikir secara kreatif, inovatif, proaktif, dan rasional.
b.
Mempunya
daya perubahan tinggi dan memandang kehadapan bukan
sahaja menjadi pengguna
teknologi tetapi juga penyumbang kepada
tamadun saintifik dan teknologi masa
depan.
c.
Mempunyai
dorongan dalaman untuk membina, mengarah dalam
mencapai matlamat sendiri (self
directed).
d.
Dapat
menepati dan menggunakan masa dengan berkesan.
e. Menghayati
seni dan keindahan (estetik). Boleh menghasilkan sesuatu yang
indah dan dapat
diterima oleh orang lain.
f.
Cekap
mengesan peluang dan sumber yang ada serta bersedia berhadapan
dengan risiko di
samping mempunyai sikap proaktif, komited, tekal dan
cekal.
v.
SISTEM YANG BAIK (GOOD SYSTEM)
Cara berfikir, cara bertindak atau
berkelakuan pada tahap yang sangat baik dan
sistematik. Sentiasa berusaha
mencapai tahap yang terbaik dalam pelbagai
bidang berlandaskan kepada sistem
yang telah dibangunkan.
vi. PERKONGSIAN (PARTNERSHIP)
Mengamalkan
semangat bekerjasama dan perkongsian ilmu , bantu membantu, semangat
persaudaraan samada dengan pihak luar,
dalam atau luar negeri atau di kalangan warga STAND.