HALATUJU STAND

HALA TUJU SMK TAMAN NUSA DAMAI

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Falsafah Sekolah

          Bahawasanya pelajar-pelajar di sekolah ini mempunyai kebolehan yang pelbagai dan potensi serta minat untuk berkembang maju dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek. Oleh itu, bimbingan dan peluang akan diberikan kepada mereka untuk mengembangkan potensi mereka supaya menjadi insan yang seimbang dan harmonis.

          Bahawasanya tenaga pengajar di sekolah ini mempunyai keupayaan, pengetahuan, kemahiran dan kecekapan ikhtisas untuk memberi pendidikan sempurna, menyeluruh dan bimbingan bermutu bagi memajukan pelajaran dan pendidikan dalam kalangan pelajar di sekolah ini.
Visi
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang   

Misi

                        Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti        
Moto Kualiti

 “Kerja Sepasukan Meraih Kegemilangan"

 Matlamat
Meningkatkan kegemilangan kurikulum
Meningkatkan pencapaian kokurikulum
Meningkatkan sahsiah pelajar

Moto Sekolah
"Inovatif Dinamik"

Tagline

"Stand Together Stand Tall"


Lencana Sekolah


BUKU BERTINGKAT BERWARNA HIJAU MUDA
- Tunas ilmu yang bermula dari pembacaan buku
-Penerokaan ilmu harus dipertingkat hingga ke tahap paling tinggi

MUKA MEMANDANG KE HADAPAN
-Sentiasa memandang ke hadapan, berpandangan jauh untuk maju dan berjaya -DINAMIK
-Keinginan untuk meneroka berbagai bidang
-inovatif, dan terus dinamik dalam mencipta kelainan

MERPATI PUTIH
- Keazaman untuk mengekalkan kedamaian dan tidak menyalahgunakan kebebasan meneroka

RUANG LINGKUP BULATAN BERWARNA KUNING
Kedaulatan raja dan negara tetap diagungkan

WARNA BIRU
Perpaduan yang harus dipupuk dan dikekalkan

GLOB
-Keazaman mengharungi arus globalisasi
-bersemangat untuk meneroka kemajuan ke tahap dunia
-Mencipta kegemilangan untuk bersaing dalam dunia tanpa sempadan


lagu Sekolah

STaND GEMILANG

SMK Taman Nusa Damai
Sekolah Pilihan dan kawalan
Terbaik disemai gemilang dituai
Inovatif dinamik jadi amala

Pelajar dan guru bagai isi dan kuku
Membangun bersama ke arah kegemilangan
Meneroka ilmu tanpa leka dan jemu
Akhlak mulia tetap jadi pegangan

Chorus:
Berinovasi mencipta kelainan
Dinamik memandang jauh ke depan
Kedaulatan agama, raja dan Negara
Dijunjung agar maruah disanjung

Di sini perpaduan dipupuk
Sepakat cipta kejayaan
Cabaran dihadapi dengan tabah berani
STaND maju dan terus gemilang
**Ciptaan : Sani Eslee
Lirik : Pn Warda binti Ismail

Pegangan  Sekolah

                    i.            PERSEKITARAN PEMBELAJARAN (LEARNING ENVIRONMENT)
Berusaha mendapatkan ilmu sepanjang hayat dengan sentiasa mempunyai keinginan untuk mengamalkan dan meningkatkan ilmu di samping menemu dan membina ilmu pengetahuan.
                 ii.            SAHSIAH PELAJAR  (STUDENT  WELL-BEING)
                 
                Mengenal asal usul dan adat resam serta menunjukkan kecintaan terhadap bangsa dan mendaulatkannya.
  • Mempunyai (menunjukkan) adab, budi bahasa, bersopan santun dan maju dalam tingkat kehidupan (rohani dan jasmani).
  • Mempunyai perasaan simpati, prihatin, hormat menghormati, bersedia membantu orang lain, sayangi harta benda dan alam sekitar.    Menjaga kesihatan dan rupa diri, bersih fizikal, mental dan spiritual dan mengamalkan gaya hidup sihat.     
  • Dapat menepati dan menggunakan masa dengan berkesan.
               iii.            PENURUNAN KUASA  (STAFF EMPOWERMENT)
          Mengamalkan sikap kerjasama dan keyakinan diri yang tinggi serta saling
       mempercayai kebolehan dan  keupayaan rakan sekerja.
                iv.            PENJENAMAAN  (BRANDING) 
         a.     Dapat berfikir secara kreatif, inovatif, proaktif, dan rasional.
          b.      Mempunya daya perubahan tinggi dan memandang kehadapan bukan 
               sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada
               tamadun saintifik dan teknologi masa depan.
          c.       Mempunyai dorongan dalaman untuk membina, mengarah dalam
               mencapai matlamat sendiri (self directed).
          d.      Dapat menepati dan menggunakan masa dengan berkesan.
          e.      Menghayati seni dan keindahan (estetik). Boleh menghasilkan sesuatu yang
               indah dan dapat diterima oleh orang lain.
         f.        Cekap mengesan peluang dan sumber yang ada serta bersedia berhadapan
              dengan risiko di samping mempunyai sikap proaktif, komited, tekal dan
              cekal.
v.    SISTEM YANG BAIK (GOOD SYSTEM)
        Cara berfikir, cara bertindak atau berkelakuan pada tahap yang sangat baik dan
        sistematik. Sentiasa berusaha mencapai tahap yang terbaik dalam pelbagai
        bidang berlandaskan kepada sistem yang telah dibangunkan.
vi. PERKONGSIAN  (PARTNERSHIP)
           Mengamalkan semangat bekerjasama dan perkongsian ilmu , bantu membantu,   semangat persaudaraan samada dengan pihak luar,  dalam  atau luar negeri  atau di kalangan warga STAND.




2 comments:

  1. Blog yang penuh dengan informasi. Tahniah dan syabas..

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih, moga ia dapat dimanfaatkan sebaik mungkin

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.